RSG Slate My melaungkan amaran awal untuk kembali digeruni menerusi urusan jual beli pemain yang melibatkan tiga tonggak import e-sukan menjelang Liga Profesional Mobile Legends (MPLMY) musim ke-12.

Biarpun mengekalkan majoriti pemain tempatan tetapi inisiatif pengurusan RSG memborong pemain terbaik dari rantau ASEAN jelas mencerminkan keinginan untuk muncul juara selepas kali terakhir melakukannya pada musim ketujuh.

Tempoh dua tahun kebelakangan ini memperlihatkan jurang perbezaan ketara RSG berbanding pasukan elit lain seperti Todak dan disebabkan itu, RSG mengesahkan khidmat pemain import paling mencuri tumpuan dengan kemasukan Stowm dari Filipina.

Bukan hanya penggiliran pemain import dirombak malah peranan jurulatih kembali menjadi milik Skadaga dari indonesia yang merupakan individu yang membantu RSG muncul juara edisi ketujuh.

"Kami pemain dari Indonesia dan Filipina selain jurulatih dari Indonesia.

"Kalau dilihat, kami adalah pasukan yang kuat tpi kami ," kata pemain MLBB RSG Slate, Ealtond Rayner.