PERAK 2 SELANGOR 3
Jaringan Syed Aizad Daniel Syed Nasir pada saat-saat akhir perlawanan membolehkan Selangor mengatasi Perak 3-2 dalam perlawanan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2019 di Stadium Indera Mulia, Ipoh, sebentar tadi.
Syed Aizad menghukum kealpaan benteng tuan rumah untuk membantu Selangor mengekalkan rekod tanpa kalah mereka.
Dengan kejayaan itu, Selangor mengukuhkan kedudukan di tangga teratas dengan 23 mata.
Sementara itu, Perak mengalami kekalahan kedua berturut-turut di laman sendiri selepas tumpas 3-4 kepada Terengganu, empat hari lalu.
Tuan rumah membuka jaringan melalui Muhammad Zahiruddin Jalaluddin pada minit ke-18 untuk mendahului babak pertama.
Bagaimanapun, Selangor yang dibarisi ramai pemain kebangsaan, menggunakan segala pengalaman dan kemahiran yang dimiliki untuk bangkit dalam babak kedua.
Mohamad Hafiz Ramle menghukum kesilapan benteng untuk menolak masuk bola melepasi jangkauan penjaga gol utama Perak, Muhammad Syawal Sabaruddin, selepas tujuh minit saingan berlangsung.
Dua minit kemudian, skuad bimbingan Addy Shairullyzan Mohd Shafiee itu di depan melalui Muhammad Muzhaffar Mohd Tahar.
Bagaimanapun, kesilapan Mohd Ridhwan Zainal yang tertendang bola ke gawang sendiri menyaksikan kedudukan terikat 2-2 pada minit ke-31.
Namun, ketika perlawanan tampak menuju seri, Selangor mematahkan hati serta semangat juang anak buah Mohd Ruzaley Abd Aziz dengan gol kemenangan Syed Aizad.
Keputusan lain:
PULAU PINANG 4 KL CITY 3
PAHANG 2 KUALA LUMPUR 1