MPFL
MPFL: Selangor FC selesa bawa status 'underdog'
Ketua jurulatih futsal Selangor FC, Edgar Baldasso, memaklumkan pasukannya kini sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi kempen Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2024, 17 Februari depan.
Persiapan pra-musim yang berlangsung awal sejak November tahun lalu juga membantu pengendali kelahiran Brazil itu untuk mengenal pasti serta memperbaiki segala kelemahan pasukannya.
Baldasso dalam perkembangan sama turut mengakui lebih selesa untuk melabelkan Selangor sebagai pasukan 'underdog', namun percaya anak buahnya akan berjuang habis-habisan untuk membawa semula Piala Kejuaraan MPFL kembali ke Shah Alam.
Iklan
"Kami mengharungi Terbuka Futsal Ho Chi Minh City 2023 di Vietnam dan meraih tempat ketiga.
"Ia kejohanan yang mencabar dan ia tempoh yang bagus untuk persiapan kami.
"Bukan sahaja tiga sebaliknya 6-7 pasukan handalan dalam kancah MPFL musim ini.
"MPFL berlangsung singkat. Satu kekalahan sahaja boleh menggugat sasaran kami.
"Khairul Effendy Bahrin pula sudah pulih 100 peratus dan dia dijangka memberi sumbangan besar kepada pasukan.
"Kehadirannya akan banyak membantu pasukan," katanya.
Untuk rekod, kali terakhir Selangor bergelar juara MPFL ialah pada musim 2022 manakala musim lalu Gergasi Merah menamatkan saingan di kedudukan ketiga terbaik.
Must-Watch Video