Skip to main content

Futsal

MPFL:  Pengalaman jadi bekalan Selangor MAC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aswadi-_-fusal-selangor-mac.jpg
Juara bertahan, Selangor MAC, bertekad menggunakan pengalaman dalam misi memburu kemenangan sulung ketika membuka tirai Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL).

Ketua jurulatih, Addy Shairullyzam Shafie, menuntut anak buahnya supaya berwaspada dengan kelibat pemain-pemain muda Negeri Sembilan yang lebih lincah berbanding skuad kendaliannya dalam pertemuan di Shah Alam, Jumaat ini. 

"Mereka memiliki kelajuan, bagaiumnanapun kami mempunyai perancangan untuk mnenyekat mereka. 

"Ada beberapa pemain yang masih menjalani rawatan termasuk Hafiz Ramle mengalami keracunan makanan. 

"Yang lain rata-rata dalam prestasi baik dan bebas kecederaan," katanya. 




Selepas sekian lama menjalani persiapan lebih-lebih lagi saingan tahun lalu dibatalkan, Selangor MAC yang mengharungi Piala Futsal AFF, September lalu, tetap berkeyakinan dalam misi mempertahankan gelaran sebelum ini. 

"Sepanjang tiada saingan selama dua tahun ini, kami hanya berlatih sahaja. 

"Oleh itu, keserasian kami sudah kuat. 

"Tipulah kalau tidak gemuruh tapi kena hadap sahajalah. 

"Semua pasukan tahun ini kuat tetapi berdasarkan pengalaman, Insya-Allah kami boleh menang," kata pemain, Danial Dain.

Advertisement

Must Watch Video