Skip to main content

Sukan Lain

MPFL: Nilai City nafi dakwaan tular? Pengaruh individu punca pemain gagal hadir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nilai.jpg
Susulan tular satu video berkenaan sebuah pasukan tempatan menerusi penganjuran Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) Divisyen 2 di bawah kelolaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), menyaksikan perlawanan yang terpaksa dibatalkan akibat kegagalan kehadiran pemain Nilai City di venue perlawanan, Sabtu lalu.

Oleh itu, pasukan Nilai City telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan insiden tersebut  termasuk isu hanya beraksi lima orang pada Ahad menentang Kelantan di Arena Futsal FAM, semalam.

Nilai City memaklumkan bahawa ketidakhadiran pemain yang berdaftar di bawah kelab adalah disebabkan pengaruh daripada penolong jurulatih yang tidak mengetahui asas dan sebab mengapa mereka tidak sertai permainan pada hujung minggu lalu.

 


Pihak pengurusan telah menghantar notis tunjuk sebab kepada penolong jurulatih berkenaan dan tempoh masa diberikan selama tiga hari.

Jika pihak pengurusan tidak menerima sebarang surat dari pihak berkenaan pengurusan akan mengambil tindakan seperti di dalam kontrak yang telah ditetapkan.

Untuk rekod, selepas enam perlawanan, Nilai City kini menghuni kedudukan ke-11 dengan pungutan tujuh mata bersamaan dua kemenangan dan tiga kekalahan serta satu seri.

Advertisement

Must Watch Video