PERAK 1 KUALA LUMPUR 4
Selepas tewas tiga perlawanan lalu, Kuala Lumpur akhirnya meraih kemenangan pertama dalam saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) selepas menundukkan Perak 4-1 di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam sebentar tadi.
Kuala Lumpur tewas 1-3 kepada Selangor TOT United dalam perlawanan pembukaan sebelum dibelasah Selangor Mac 7-3 dan kalah 3-6 kepada Pulau Pinang.
Walaupun Perak dilihat sebagai pasukan pilihan dalam perlawanan kali ini, keputusannya jelas berbeza apabila Kuala Lumpur menguasai permainan sejak dari awal dan berhasil memperoleh dua gol pantas pada minit kelima menerusi jaringan Ainol Rafieq Ramli dan Fadhli Jafri.
Pasukan Ibu Kota itu kemudian menamatkan separuh masa pertama dengan kelebihan tiga gol selepas Izwan Shah Adham Shah menemui sasaran pada minit ke-17.
Perak merapatkan jurang dalam babak kedua apabila Farid Ashraf Kamarozaman berhasil menemui jaring lawan pada minit ke-23 tetapi lapan minit berselang, Effendy Mohd Ali memastikan Kuala Lumpur kembali berkelebihan dengan tiga gol, sekali gus meraih kemenangan pertama musim ini.