Selangor MAC mendapat semula rentak kemenangan dalam Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) apabila menewaskan Kuala Lumpur 7-3 di Kompleks Sukan Negara Panasonic, hari ini.
Selepas tumpas kepada Negeri Sembilan semalam, juara bertahan itu meraikan gol berganda pada awal permainan menerusi sentuhan berbisa Muhammad Ekmal Shahrin tetapi Kuala Lumpur enggan menyerah kalah dengan mudah.
Usaha mereka untuk menyamakan kedudukan membuahkan hasil apabila mereka mengikat 2-2.
Tetapi sebaik masuk babak kedua, Selangor MAC menyusun semula strategi baru dan menambah lima gol lagi termasuk sepakan penalti oleh pertahanan, Muhammad Akmal Hakimi.
"Kami bermula agresif dalam separuh masa pertama, kami menjaringkan gol awal dan melepaskan gol.
"Jadi kami menukar strategi dalam separuh masa kedua untuk mengurangkan kesilapan dan dalam masa sama mencari gol untuk kemenangan.
"Kekuatan yang perlu kami ada ialah tahap kecergasan dan semangat juang untuk kami berlawan dengan mana-mana pasukan.
"Kami akan baiki kelemahan dan cari peluang yang ada," kata ketua jurulatih Selangor MAC, Addy Shairullyzam Mohd Shafie.
Menurut ketua jurulatih Kuala Lumpur pula, Zul Azmi Zulkifli: "Secara keseluruhan memang saya tidak berpuas hati sebab kami kalah, tapi ada peningkatan prestasi.
"Ia sudah cukup baik. Kami pernah jumpa Selangor MAC dalam perlawanan persahabatan dan hari ini peningkatan kami agak ketara.
"Kami sudah kalah dua kalah, kami perlukan kemenangan sebagai motivasi.
"Saya harap Kuala Lumpur dapat raih mata pertama pada minggu depan."
Keputusan lain:
SHAH ALAM CITY 1 KL CITY FC 0
SELANGOR TOT UNITED 2 PDRM FC 1