Skip to main content

Futsal

MPFL : JDT teruskan rekod 100 peratus kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

whatsapp-image-2025-05-06-at-2-19-02-pm.jpeg
Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), terus konsisten menampilkan prestasi cemerlang dan kekal menerajui Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) Divisyen 1 2025 selepas berakhir minggu keenam.

Pasukan bimbingan Juan Antonio terus mengekalkan rekod kemenangan selepas menewaskan Sabah 4-1 di Stadium Bandaraya Pasir Gudang hujung minggu lalu.

JDT yang kekal di puncak liga dengan 18 mata diikuti pasukan Pahang Rangers yang mengumpul 15 mata selepas mengambil alih kedudukan kedua daripada Selangor yang turun satu anak tangga.

Hasrat Selangor, kendalian Edgar Baldasso, untuk mencetak kemenangan di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan terbantut selepas tewas kepada pasukan bimbingan Luis Fonseca, Pahang Rangers, 6-5 pada hujung minggu lalu.

Aksi hari perlawanan ketujuh MPFL Divisyen 1 2025 dijadualkan berlangsung pada hujung minggu ini dengan tiga perlawanan pada Sabtu dan satu perlawanan pada Ahad.

Advertisement

Must Watch Video