MPFL
MPFL: Gerard akui Pahang Rangers sukar cabar kejuaraan musim 2023
Naib juara Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) musim 2022 -- Pahang Rangers kini dalam fasa membina semula kekuatan keseluruhan selepas sebilangan besar pemain mereka.
Antaranya -- Mohd Awalluddin Mat Nawi dan Abu Haniffa Hasan -- diborong pasukan elit, Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi mengharungi musim 2023.
Berbaki dua minggu sebelum saingan dijangka bermula, pengendali Pahang Rangers, Gerard Casas, melalui detik paling sukar sepanjang bersama pasukan di Pantai Timur itu apabila sembilan pemain utama mereka mengambil keputusan untuk berhijrah.
Iklan
Sementara itu, Gerard kekal optimis untuk menghadirkan saingan kompetitif musim ini -- lebih-lebih lagi dengan kehadiran dua pemain import baru, Matheus Gonzalez serta Amin Nasrollah Zadeh.
Must-Watch Video