MPFL
MPFL: Baldsasso yakin kemampuan Selangor kejar kejuaraan
Jurulatih skuad futsal Selangor FC, Edgar Eder Baldsasso, menganggap keputusan tonggak utamanya, Syahir Iqbal Khan Akbar Khan untuk kekal bersama pasukan memberikan petanda positif untuk misi merampas kejuaraan Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) musim ini.
Pengendali dari Brazil itu percaya Syahir akan menjadi watak penting buat pasukannya setelah cemerlang pada musim pertamanya bersama The Red Giants tahun lalu.
Syahir yang juga pemain skuad futsal kebangsaan jadi rebutan beberapa pasukan untuk saingan MPFL 2024.
Iklan
Ditawarkan kontrak lumayan untuk berhijrah, anak jati Kelantan berusia 19 tahun itu bagaimanapun memilih untuk kekal bersama Selangor.
Ia sememangnya mengundang rasa gembira kem Selangor setelah kehilangan tujuh pemain utama yang menyertai kelab lain musim lalu.
"Syahir memiliki matlamat yang sama dengan pasukan. Saya juga sama, memiliki sasaran bersama pasukan untuk terus kekal di sini," kata Baldsasso menerusi Nadi Arena.
"Saya baru sahaja semusim bersama Selangor, saya mahu cuba untuk memberikan kejuaraan bersama Selangor," kata Syahir.
Terdahulu, berlangsungnya majlis pengenalan pemain dan pelancaran jersi skuad futsal Selangor di Shah Alam.
Menampilkan kombinasi pemain muda dan senior seperti Khairul Effendi Bahrin dan Fariq Muhd, juara edisi 2022 itu turut diperkuatkan beberapa muka baru termasuk pemain import, Wellington Pereira.
Must-Watch Video