Tanpa sedar, berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini dalam kancah futsal tempatan di bawah kelolaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi penganjuran Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) Divisyen 2, hujung minggu lalu.
Memasuki hari perlawanan ketujuh, ia sudah dicemari dengan kontroversi sebuah pasukan yang difahamkan mengalami masalah kewangan sehingga aksi terpaksa dibatalkan ekoran protes daripada beberapa pemain.
Apakah yang sudah terjadi?
Jadual permainan membabitkan Pulau Pinang dan Nilai City terpaksa dibatalkan akibat kegagalan kehadiran pemain Nilai City di venue perlawanan, Sabtu lalu.
Menurut kemas kini FAM, Nilai City hadir dengan sejumlah pemain yang tidak mencukupi.
Dan perkara itu berulang lagi apabila lima pemain Nilai City berhempas pulas beraksi selama 40 minit kerana tiada pertukaran, sebelum tewas besar kepada Kelantan 0-4 di Arena Futsal FAM, semalam.
Keletihan jelas terpampang di wajah lima tonggak tersebut.
Menerusi satu rakaman yang tular di TikTok, peminat mempersoalkan kejadian tersebut sambil menganggap ia seperti liga amatur berbanding liga profesional.
Menurut sumber, dikatakan Nilai City menghadapi masalah kewangan dan tunggakan gaji, namun masih belum ada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak.

@muhammadsyakirx apa sudah jadi FAM ??? . perlawanan Liga Malaysia Futsal divisyen 2, permainan Nilai City FC hanya ada lima orang sahaja huhu . semalam game cancel 4 org player je datang , ni bukan Liga Amateur ni Liga Professional huhu . #Futsal #FutsalFAM #MPFL #MPFL2 #Kelantan #KelantanFutsalTeam ♬ original sound - Muhammad Syakirx