Mengikut wartawan Astro Arena, Zaki Zainal, berkongsikan: "Pengumuman Rasmi: Hakim Danish ke Moto3 2026.
"Pelumba muda Malaysia, Hakim Danish, akan beraksi dalam Kejuaraan Dunia Moto3 2026 bersama pasukan MSi Racing." katanya.
Hakim turut akan mewakili negara dengan tiket wildcard di MotoGP Malaysia 2025 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan dia menamatkan sesi latihan bebas di tempat kelapan sebelum menduduki tempat ke-11 dalam sesi latihan kedua semalam.
Dalam perkongsian daripada ZK Racing, dia berkata: "Sudah tentu, berita ini membuatkan saya sangat gembira dan memberikan saya motivasi serta semangat tambahan untuk berusaha lebih keras pada hujung minggu ini.
"Saya sangat teruja untuk menyertai Moto3 pada tahun 2026 bersama pasukan MT MSI ia benar-benar merupakan impian yang menjadi kenyataan. Saya tidak sabar menantikan tahun hadapan dan akan memberikan 100% usaha saya.
"Terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan MT MSI Racing, Jordi, Oscar, penaja saya KBS, SIC, ZK Racing dan Terengganu Inc, serta semua peminat yang sentiasa percaya dan menyokong perjalanan saya. Saya tidak akan mampu sampai ke tahap ini tanpa anda semua." katanya.
Hakim Danish akan bergandingan bersama pelumba dari Jepun, Ryusei Yamanaka selepas Angel Piqueras terlebih dahulu dinaikkan pangkat beralih ke Kejuaraan Dunia Moto2 pada musim 2026.

Protein On-The-Go
Nikmati cara paling mudah dapatkan protein harian — cepat, sedap & mengenyangkan.
Cuba Sekarang