Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Marquez patah tulang selangka di Mandalika

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kondisi-marc-marquez-usai-crash-di-motogp-mandalika-2025-dokter-ungkap-hasil-pemeriksaan-terbaru.jpg
Litar Mandalika nampaknya masih lagi bukanlah litar yang agak 'mesra' dengan barisan pelumba yang menduduki ranking terbaik MotoGP termasuklah Juara Dunia 2025, Marc Marquez.

Bahkan dalam aksi perlumbaan yang berlangsung pada Ahad, Mandalika menjadi saksi satu lagi tragedi buat pelumba Ducati Lenovo itu selepas terbabit dengan kemalangan hingga menyebabkan tulang selangkanya patah.

Kali ini juara dunia tujuh kali itu dilanggar oleh Marco Bezzecchi di selekoh awal dalam kelajuan yang tinggi hingga menyebabkan kedua-duanya terbabas dan gagal menamatkan perlumbaan.

Buat masa ini Marquez dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas diterbangkan ke Madrid untuk menerima rawatan lanjut.

Nasib yang sama turut menimpa rakan sepasukan Marquez, Francesco Bagnaia yang turut terjatuh pada pusingan ke sembilan perlumbaan.

Pelumba Ducati Gresini, Aldeguer sebaliknya mencipta nama apabila muncul selaku juara Grand Prix Indonesia.

pelumba pasukan KTM, Pedro Acosta pula di tempat kedua manakala Alez Marquez sekadar berada di kedudukan ketiga.
 
Energy Gel

Topup Tenaga Dengan Segera

Energy gel mudah dibawa untuk cas semula stamina bila anda perlukan.


Cuba Sekarang

Advertisement

Must Watch Video