Skip to main content

Permotoran

MotoGP Malaysia: Hakim Danish pamer tunggangan meyakinkan dalam Moto3

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hakim-danish.jpg
Pelumba wildcard negara, Hakim Danish Ramli, mempamerkan tunggangan meyakinkan dalam sesi latihan Moto3, GP Malaysia di Litas Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.

Pelumba muda itu menamatkan sesi latihan bebas di tempat kelapan sebelum menduduki tempat ke-11 dalam sesi latihan kedua.

Dengan prestasi berkenaan, Hakim Danish berharap peminat sukan permotoran negara dapat memberikan sokongan yang jitu buatnya menjelang perlumbaan sebenar hujung minggu ini.

"Sudah pasti saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak penaja kerana merealisasikan tiket wildcard ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"Saya amat gembira dapat beraksi dalam Kejuaraan Dunia buat kali pertama, terutama di laman sendiri, Sepang.

"Untuk saingan hari pertama ini, Alhamdulillah, saya tidak jangkakan prestasi seperti ini tetapi saya kekal fokus dalam setiap sesi dan pusingan.

"Kepada semua penyokong saya dan rakyat Malaysia, jangan lupa untuk datang menonton perlumbaan saya di Sepang."

Advertisement

Must Watch Video