Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Ini faktor perlumbaan Moto3 hanya 10 lap

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

herlo.jpg
Perlumbaan Kejohanan Dunia Moto3 Grand Prix (GP) Malaysia 2025 akan dikurangkan ke 10 lap daripada 15 lap susulan insiden pelanggaran ketika sesi pemanas badan yang berlaku sebentar tadi.

Insiden itu membabitkan juara dunia daripada pasukan Red Bull KTM Ajo, Jose Antonio Rueda, dan Noel Dettwiler hingga menyebabkan kedua-dua pelumba itu terpaksa dikejarkan ke hospital menaiki helikopter.


 

Malah, perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu tidak boleh berlangsung sehingga helikopter perubatan kembali atau pengganti disediakan.

Oleh itu, perlumbaan Moto3 terpaksa dipendekkan ke 10 lap sahaja.

Waktu perlumbaan:
Moto3: 1:45 petang
Moto2: 4:30 petang
MotoGP: 3 petang

   
Helmet

Arai Helmet 100% Original

Arai Quantic Abstract menawarkan perlindungan penuh, kestabilan aerodinamik & pengudaraan optimum — kombinasi sempurna untuk setiap penunggang.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video