Kemampuan pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah, meraih mata dalam penampilan sulung kategori MotoGP menjadi amaran bahawa dia mampu mencabar pelumba-pelumba lebih berpengalaman.
Tiada istilah mencungkil pengalaman dahulu yang sering menjadi pegangan pendatang baru dalam semua kejohanan buat Hafizh.
Malah, pelumba yang mengukir sejarah tampil pelumba pertama negara beraksi dalam MotoGP ini sudah sudah mengaum garang ketika sesi latihan bebas.
Hafizh tidak gentar pada sesiapa biarpun Valentino Rossi adalah idolanya sejak sekian lama mahupun Marc Marquez.
Dia menamatkan perlumbaan penuh bersejarah dengan kedudukan cukup untuk memberikannya mata paling berharga yang belum pernah dikecapi pelumba-pelumba negara.
Dalam perlumbaan pertama di Litar Losail, Qatar, Hafizh hampir mampu berada dalam kedudukan lebih baik manakala bekas juara MotoGP, Jorge Lorenzo, gagal menamatkan perlumbaan dalam pusingan pertama musim ini.
Hafizh mencatatkan masa ke-14 terpantas, hanya ketinggalan 20.299 saat kepada juara pusingan pertama, Andrea Dovizioso sementara Marquez di tempat kedua dan Rossi ketiga.
"Saya bersyukur kerana dapat mengakhiri perlumbaan di tempat ke-14 dan meraih mata. Saya berjanji akan terus berusaha dan cuba menamatkan perlumbaan dalam kedudukan yang lebih baik dalam perlumbaan akan datang," kata Hafizh.