Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah, muncul muka baru terbaik dalam sesi latihan bebas pertama MotoGP di Litar Losail, Qatar, sebentar tadi apabila menempatkan diri di kedudukan ke-15.
Hafizh Syahrin yang mewakili pasukan Tech3 muncul pelumba terakhir yang mengesahkan penyertaan dalam saingan utama musim ini, ketinggalan 1.178 saat di belakang pelumba Ducati, Andre Dovizioso, untuk menjadi penanda aras terbaiknya musim ini menerusi catatan terpantas, 1 minit 55.366 saat.
Ia menjadi tamparan hebat buat juara dunia tujuh kali, Valentino Rossi, yang dibezakan 0.061 saat untuk muncul pelumba kedua terbaik.
Pelumba Yamaha itu mengatasi juara bertahan, Marc Marquez, dari pasukan Honda yang melakukan kebangkitan pada penghujung perlumbaan untuk mengesahkan kedudukan ketiga.
Sementara itu, pelumba Suzuki, Andrea Iannone, melengkapkan kelompok empat pelumba terpantas yang tampil daripada jentera berbeza.