Skip to main content

Advertisement

Permotoran

MotoGP: Hafizh masih bergelut dengan jentera

hafizh-syahrin.jpg
Jentera baru pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah, memberi tamparan hebat terhadap prestasinya dalam perlumbaan pertama Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang berlangsung di Sirkit Antaranbangsa Losail, Qatar semalam.

Hafizh, yang mewakili pasukan Red Bull KTM Tech 3, menamatkan perlumbaan di tempat tercorot dengan catatan masa 43 minit 20.144 saat manakala rakan sepasukannya, Miguel Oliveira, dari Portugal berada di kedudukan ke-17, 42:53.279s.

"Alhamdullilah, saya dapat menamatkan perlumbaan dalam pusingan pertama musim ini. Saya akui keputusan yang diperoleh bukan seperti yang disasarkan. Saya masih tidak dapat rentak dengan jentera ini. Ia amat sukar.

"Saya minta maaf kepada penyokong dan pasukan atas prestasi tidak memberangsangkan dalam perlumbaan pertama ini. Saya amat menghargai sokongan anda. Saya akan teruskan usaha dan bekerja keras lagi selepas ini," katanya dalam akaun Instagram @hafizh_syahrin hari ini.

Perlumbaan itu dimenangi oleh pelumba Itali, Andrea Dovizioso daripada pasukan Mission Winnow Ducati dengan catatan masa terpantas 42:36.902s, diikuti juara dunia, Marc Marquez dari Sepanyol (Repsol Honda Team) di tempat kedua dengan 42:36.925s.

Cal Crutchlow dari Great Britain (LCR Honda Castrol) melengkapkan podium dengan catatan masa 42:37.222s, menurut laman web www.motogp.com hari ini.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video