Hakim Danish Ramli -- yang sedang bersaing dalam FIM JuniorGP dengan menggunakan jentera model AM81 -- bakal mengendalikan jentera baharu, AM82, untuk saingan di peringkat MotoGP.
Model baharu itu dikatakan lebih ringan menerusi teknologi enjin dan ciri-ciri aero dinamik yang lebih canggih, secara tidak langsung memberikan kelebihan buatnya daripada segi kelajuan dan keseimbangan di selekoh.
Dia -- yang menjadikan Zulfahmi Khairuddin sebagai idola dan sumber inspirasi -- bertekad mencipta detik manis di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) seperti yang dilakukan Zulfahmi pada 2012.
"Saya berpeluang menguji jentera baru untuk saingan Moto3 selama dua hari, ia satu kelebihan kepada saya dalam mendapatkan pelarasan terbaik dan beroleh keyakinan.
"Saya teruja untuk perlumbaan ini," katanya.
Dalam masa sama, Zulfahmi menitipkan pesanan berguna terhadapnya: "Saya rasa (aspek) fizikal tiada masalahnya tetapi untuk pengurusan emosi -- pada usia 18 tahun -- (merupakan) satu cabaran buatnya," katanya.
Dalam masa sama, Zulfahmi teruja melihat aksi pelumba cilik yang bakal bersaing dalam pusingan kelima FIM MiniGP Malaysia, menjelang perebutan tempat ke Siri Dunia pada Disember depan.
"Perebutan posisi kedua kategori 190 masih terbuka. Saya rasa Qayyim (Razzin Razali) Malek Ridha dan Adam Aiman adalah pilihan.
"Untuk kategori 160cc, Al-Adam (Mikail) dan Qasha (Irfan) -- bersaing sengit untuk kejuaraan -- sebab jurang jauh mata dengan nombor tiga.
"Kategori 110cc ada tiga pelumba untuk merebut kejuaraan. Mereka mula berlatih sejak minggu lalu.
"Fayyad (Anaqi) pula sudah pun mengesahkan kejuaraan RCB MiniMoto.
"Ketika perlumbaan awal ini, catatan terpantas di sini adalah 109km sejam tetapi minggu lalu, catatannya 4 saat lagi laju.
"Maknanya ada banyak kemajuan dalam saingan ini," katanya.
Dapatkan sekarang

Arai Helmet 100% Authentic
Arai Quantic Abstract menawarkan perlindungan penuh, kestabilan aerodinamik & pengudaraan optimum — kombinasi sempurna untuk setiap penunggang.
Dapatkan sekarang