Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Bagnaia pertahan kejuaraan, Ducati kekal sebagai kuasa besar

pecco.jpg
Berjaya mempertahankan kejuaraan Kejohanan Dunia MotoGP, Francesco “Pecco” Bagnaia, terus mempamerkan tuganggan cemerlang bersama Ducati. 

Selepas merangkul kejuaraan dunia MotoGP untuk Ducati tahun lalu, Bagnaia mengekalkan rentak bagi satu lagi musim dalam aksi penentuan di perlumbaan terakhir di Grand Prix Valencia 2023 di Sepanyol.
 

Tiga jentera Ducati mendominasi podium di Valencia, Bagnaia disertai oleh rakan pelumba Ducati, Desmosedici Jorge Martín dari Pramac Racing Team dan Marco Bezzecchi dari VR46 Racing Team. 
 

Ini menandakan musim yang dominan untuk Ducati, dengan 17 kemenangan sepanjang musim 2023 daripada 20 perlumbaan.

“Saya sentiasa bermimpi untuk merangkul kejuaraan sambil memenangi perlumbaan. Saya sangat gembira,” ujar Bagnaia.

“Ia adalah musim yang hebat walaupun Barcelona dan kecederaan kaki menjadikannya sangat sukar.

“Terima kasih kepada pasukan yang melakukan tugas luar biasa musim ini,” ujar Bagnaia.

Kisah kejayaan perlumbaan Ducati diteruskan dalam Kejohanan Superbike Dunia 2023, dengan Alvaro Bautista memenangi mahkota di atas Ducati Panigale V4R. 

Sementara itu, dalam WorldSSP, Nicolò Bulega memenangi Kejohanan SuperSport Dunia 2023 dengan menunggang Ducati Panigale V2.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video