Skip to main content

Permotoran

MotoGP: 450 anggota PDRM pastikan penganjuran berjalan lancar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pdrm-sic.jpg
450 pegawai dan anggota PDRM daripada ibu pejabat polis daerah KLIA ditugaskan bagi memastikan hari perlumbaan MotoGP Malaysia 2025 pada 24 hingga 26 Oktober depan berjalan lancar.

Ia meliputi aspek keselamatan buat lebih 100,000 pengunjung yang bakal hadir serta kawalan lalu lintas ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang dijangka berdepan lencongan sementara susulan penganjuran  serentak persidangan kemuncak ASEAN 2025 pada 26 Oktober. 

"PDRM khususnya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik akan membuat lencongan bergantung kepada keperluan semasa, pada masa tertentu sahaja, bukan pada sepanjang masa," katanya kepada pemberita selepas taklimat trafik dan keselamatan sempena perlumbaan MotoGP 2025 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini. "Setakat ini maklumat yang diterima dia akan turun di KLIA dan kita akan buat lencongan jalan mengikut kesesuaian dan keperluan pada masa tersebut," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif sempat berkongsi jumlah penjualan tiket yang kini sudah 85 peratus terjual. 

Tambahnya, segala persiapan litar juga berjalan lancar dan menghampiri fasa pemeriksaan akhir.
Helmet

Arai Helmet 100% Original

Arai Quantic Abstract menawarkan perlindungan penuh, kestabilan aerodinamik & pengudaraan optimum — kombinasi sempurna untuk setiap penunggang.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video