Hasrat pemain skuasy kebangsaan, Siow Yee Xian, untuk ke separuh akhir Kejohanan Remaja Dunia 2019 lebur selepas tewas straight set di tangan Mostafa Asal, sebentar tadi.
Meskipun tampil cemerlang ketika menundukkan pemain dari Amerika Syarikat, Nicholas Spizziri, 11-6, 11-6, 11-7 dalam pusingan 16, pemain berusia 19 tahun itu jelas tidak mampu mengekang kehebatan wakil Mesir, Mostafa, dalam suku akhir.
Turun selaku pilihan utama kejohanan, Mostafa tidak melakukan sebarang kesilapan untuk mudah mengutip mata demi mata tatkala lawannya berhempas-pulas untuk menemui rentak.
Gagal menyaingi lawan dalam dua set pertama, Yee Xian akhirnya akur dengan lawan yang jelas memiliki kelebihan daripada fizikal dan kekuatan sebelum tewas 11-1 dalam set terakhir.
"Dia jelas tidak memberi ruang kepada saya. Saya akur Mostafa memiliki kelebihan berbanding saya, terutama daripada segi fizikal dan dia lebih agresif. Saya harus berusaha lebih keras selepas ini," katanya.
Sementara itu, pemenang Terbuka Pulau Pinang itu tetap akan meneruskan latihan di Amerika Syarikat di bawah kendalian jurulatih, Leong Siu Lynn, sambil melanjutkan pengajian di Universiti Yale walaupun gagal meraih kejuaraan dalam penampilan terakhirnya di pentas Kejohanan Remaja Dunia.