Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

MOM kenal pasti enam calon untuk temu duga jawatan CEO

norza.jpg
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sedia menerima calon warga asing untuk mengisi jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) badan induk itu sekiranya menepati segala kriteria yang ditetapkan.

MOM kini dalam fasa akhir menilai calon untuk mengisi jawatan itu dan difahamkan daripada 60 orang yang sudah mengemukakan permohonan, enam calon dikenal pasti untuk ditemuduga, termasuk bekas Pengarah Program Podium, Tim Newenham.

MOM mengamalkan sikap terbuka dan sedia untuk mengambil calon luar seandainya individu itu mencapai kelayakan diperlukan.

Kesemua calon itu dinilai dalam satu mesyuarat tertutup hari ini dan keputusannya akan diumumkan setelah mendapat persetujuan ahli Lembaga Eksekutif MOM.

"MOM memang terbuka. Walaupun calon itu warga asing tetapi disebabkan mereka mengenali corak sukan di Malaysia dan lama menetap di sini, kami akan pertimbangkan," kata Presiden MOM, Datuk Seri Norza Zakaria.

"Kriteria yang kami perlukan adalah mereka yang lama berkecimpung dalam industri sukan serta tahu selok-belok Olimpik. Peranan MOM juga perlu mereka tahu dan tentunya pembangunan sukan secara keseluruhannya."

Advertisement

Must Watch Video