Skip to main content

Sukan Lain

Mirabel Ting kini huni ranking ketiga dunia kategori golf amatur

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ting.jpg
Pemain golf negara, Mirabel Ting, terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain wanita terbaik Malaysia selepas meraih pencapaian cemerlang menghuni ranking ke-3 dunia kategori amatur wanita yang juga kali pertama pemain wanita negara berada di tahap ini.

Atlet yang berkelana di Amerika Syarikat itu turut melakar rekod baru di Kejohanan Augusta National Women’s Amateur selepas menamatkan saingan di tempat ke-8 dalam kejohanan yang menyaksikan kehadiran 72 pesaing hebat dari seluruh dunia.

"Latihan saya berada di landasan terbaik, saya juga berlatih dengan keras serta fokus. Saya perlu lebih fokus untuk menjadi lebih baik," katanya.






Begitupun, dia tidak menafikan yang dirinya kini berdepan cabaran daripada segi kewangan dan berharap mampu menarik perhatian mana-mana penaja bagi melonjakkan dirinya bersaing di peringkat tertinggi.

Dengan potensi sedia ada, Mirabel kini berada dalam fasa terbaik untuk menjulang nama Malaysia lebih jauh dalam arena golf antarabangsa.

"Saya dalam jelajah dan kerisauan mengenai kewangan semasa berlatih, dengan adanya penajaan membantu saya beraksi dengan baik tanpa kerisauan." tambahnya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video