Jurulatih pecut terkemuka negara, Mohd Poad Md Kassim, terus membuktikan sentuhan emasnya apabila melahirkan raja pecut MSSM 2025 menerusi Aiman Ikhwan Yahya yang merekodkan kepantasan 10.40 saat sekaligus melakar nama selaku pelari terpantas acara reben biru dalam sejarah MSSM.
Rekod terdahulu milik pelari handalan dari Johor, Danish Iftikhar Muhammad Roslee yang dicatatkan edisi tahun lalu, 10.51 saat.
Lakaran sejarah pelari terpantas MSSM Bawah 18 tahun mengukuhkan lagi reputasi Poad Kassim selaku pakar melahirkan raja pecut negara.
Poad merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan raja pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan serta Haiqal Hanafi.
Ternyata regim latihan berintensiti tinggi serta program pemerkasaan Poad Kassim berjaya meningkatkan kepantasan Aiman Ikhwan dari pelari bukan pilihan kepada pelari yang disegani.
Memandangkan khidmat Poad Kassim kembali ditagih skuad olahraga negara dan berbakti secara separuh masa apakah kelibat aiman ikhwan bakal berada dalam kuartet 100m ke Sukan SEA Thailand Disember ini.
"Aiman ini merupakan juara MSSM yang keempat. Latihan sistematik, disiplin dan semangat atlet itu amat penting dalam melahirkan juara," kata Poad.
"Dia memiliki ketinggian yang cukup ideal dalam acara pecut dan saya melatihnya sejak Disember lalu."
Power Up Dengan Milo

Bersama Mencipta Juara Baru
Milo jadi sebahagian perjalanan atlet muda, dari latihan harian hingga ke pentas besar.
Power Up Dengan Milo