Skip to main content

Sukan Lain

Milo MSSM 2025: Kuartet wanita Terengganu rangkul emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kuartet-ganu.jpg
Hari ketiga saingan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2025 terus memperlihatkan kelahiran pelari pecut masa hadapan negara menerusi kehebatan kuartet 100 meter berganti-ganti lelaki dan wanita bawah 18 tahun.

Di sebalik kejayaan kuartet Sabah dan Terengganu yang mengungguli saingan lelaki dan wanita dengan lakaran rekod baru temasya tersirat 1001 cerita di luar trek yang mencuri tumpuan.

Kita mulakan dengan kisah kejayaan kuartet wanita Terengganu yang merekodkan kepantasan terbaik dalam sejarah penganjuran MSSM dengan catatan 47.45 saat.

Kuartet Terengganu yang dibarisi Nurin Aira Rusdi selaku pelari pertama memulakan saingan dengan langkah kanan dan mula memimpin saingan.

Momentum itu diteruskan pelari kedua, Nor Aliya Najihah yang memecut laju sebelum Nur Farisha Ardeana memastikan Terengganu terus meninggalkan pencabar lain pada baki 100m terakhir.

Pelari sensasi Terengganu, Izzatul Musfirah melengkapkan larian bersejarah selaku pelari terakhir dan memahat sejarah selaku kuartet terbaik dalam sejarah.

Pingat perak milik Selangor dan Sarawak melengkapkan kedudukan podium.

Di sebalik kejayaan bersejarah itu, pasukan Terengganu hanya berlatih sekali sebelum menempuhi kempen MSSM edisi kali ini.

Advertisement

Must Watch Video