Skip to main content

Sukan Lain

Mesyuarat Penilaian MSN: Wakil lima persatuan hadirkan diri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

boling-padang.jpg
Lima persatuan sukan hadir ke Mesyuarat Penilaian Semula bersama Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil, hari ini bagi membentangkan sebab-sebab mereka gagal mencapai sasaran dalam Sukan SEA Filipina bulan lalu.

Sukan-sukan yang terlibat adalah berbasikal, angkat berat, olahraga, boling padang dan tinju manakala wakil bagi sukan luncur ais gagal menghadirkan diri.

Skuad berbasikal negara gagal mencapai sasaran satu pingat emas dalam temasya dwitahunan itu sementara boling padang mungkin tidak dipertandingkan dalam edisi di Vietnam tahun depan.

Ikuti perkembangan terperinci dalam Nadi Arena seterusnya.



Editor: Muzaffar Musa

Advertisement

Must Watch Video