Skip to main content

Hoki

Meor Azuan yakin beraksi menentang Korea

meor-azuan-190617.jpg
Pemain skuad hoki lelaki negara, Meor Azuan Hassan, yakin akan sempat pulih daripada kecederaan sebelum perlawanan menentang Korea Selatan dalam saingan separuh akhir Liga Hoki Dunia di London, malam ini.

Meor Azuan mengalami kecederaan selepas kayu pemain England terkena pada kakinya dalam aksi kedua Malaysia di London.

Dia yang bermain di posisi tengah sebelum ini bergandingan dengan Nabil Fiqri Mohd Noor, Mohd Marhan Abdul Jalil, Fitri Saari dan Azri Hassan.

Perkara itu menjejaskan kekuatan Malaysia yang berdepan misi 'mesti menang' apabila turun menentang Korea Selatan untuk menghidupkan peluang dalam Kumpulan A.

Namun, pemain berusia 24 tahun ini yakin mampu segera pulih dan membantu skuad negara meraih keputusan yang diharapkan.

“ Kami ada sehari untuk berehat.

“Kecederaan saya adalah disebabkan terkena kayu pemain England, namun saya yakin akan turun beraksi dalam perlawanan menentang Korea Selatan,” katanya.

Sementara itu, kapten Korea Selatan, Jung Manjae, positif pasukannya mampu beraksi dengan baik biarpun tampak lebih tertekan selepas tewas di tangan China, sekaligus bakal melupakan aksi Piala Dunia jika tewas di tangan Malaysia.

"Keadaan makin sukar tapi kami masih mempunyai peluang. Korea dan Malaysia kerap bersaing sengit dan saya jangkakan ia akan jadi perlawanan sukar,” katanya.

Advertisement

Must Watch Video