Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, meninggal dunia di Kuala Lumpur, malam tadi.
Allahyarham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas menghembuskan nafas terakhir pada usia 56 tahun ketika menerima rawatan di Hospital Prince Court, di ibu negara, pada jam 11.57 malam.
Adik Allahyarham, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata jenazah abangnya akan dibawa pulang ke Tawau dengan penerbangan pagi ini.
"Sama-sama kita mendoakan semoga Allahyarham diampunkan dosa serta memperoleh kemaafan daripada Allah SWT dan rohnya ditempatkan bersama-sama hamba yang soleh di syurga," katanya melalui WhatsApp yang disampaikan kepada pihak media.
Allahyarham menerima rawatan di hospital berkenaan sejak lapan bulan lalu kerana masalah kesihatan.
Selain Menteri Belia dan Sukan, Allayarham juga pernah menyandang jawatan Timbalan Presiden 1, Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA).