Skip to main content

Sukan Lain

Menembak Universiti Dunia: Prestasi skuad wanita tetap memuaskan

menembak_2.jpg
Jurulatih menembak wanita negara, Sabki Mohd Din, tetap berpuas hati dengan persembahan penembak wanita negara dalam Kejohanan Menembak Universiti Dunia meskipun gagal ke final acara 10 meter air rifle di Lapang Sasar Subang, hari ini. 

Skuad menembak negara diwakili tiga atlet pelapis, iaitu Nur Syahirah Zulkifli, Aina Zahiran dan Nur Afifah Tarmizy. 

Ketiga-tiga penembak itu ditagih untuk mengikut jejak Eddy Chew yang cemerlang meraih pingat gangsa dalam saingan lelaki, semalam. 

"Catatan mereka buat hari ini adalah rekod biasa dalam kejohanan yang mereka sertai di Malaysia," kata Sabki. 

Begitupun, hajat itu tidak kesampaian apabila mereka gagal melangkah ke final sekalipun melakar catatan memberangsangkan. 

Syahirah paling menyerlah apabila mencatat mata terbaiknya, 392 mata, namun menduduki tempat ke-30 dalam saingan kelayakan. 

"Walaupun kalah dalam pertandingan, kami menang daripada segi pengalaman," ujar Aina. 

 

Advertisement

Must Watch Video