Cabaran dua penembak senior negara, Nur Suryani Taibi dan Hasli Izwan Amir Hassan, dalam Sukan Komanwel Gold Coast berakhir penuh kecewa selepas gagal ke final acara masing-masing, hari ini.
Nur Suryani turun beraksi dalam 50 meter rifle tiga posisi dalam acara ketiganya dalam temasya Gold Coast 2018 ini selepas beraksi dalam 50m rifle prone dan 10m air rifle.
Ia menjadi peluang terbaiknya menebus kegagalan dalam dua acara terdahulu yang menyaksikannya menduduki tempat ketujuh 50m rifle prone dan gagal ke final 10m air rifle.
Namun, hajat itu tidak kesampaian apabila Suryani sekadar membidik 571 mata untuk tempat ke-10 kelayakan.
"Saya akui memang terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan sehingga membuatkan saya kehilangan banyak mata tetapi setiap tembakan saya cuba yang terbaik sehingga percubaan terakhir," kata Suryani.
Turut hampa, Hasli dalam acara pistol 25m rapid fire.
Selepas menduduki tempat keenam di peringkat pertama sesi kelayakan semalam, Hasli gagal mengekalkan kedudukan itu apabila menamatkan saingan di tempat ketujuh.
Dia melakukan bidikan 564 mata, sekali gus menyaksikan penamat terburuknya dalam enam penampilan Sukan Komanwel sejak temasya Kuala Lumpur 1998.
"Sukan Komanwel pada kali ini tidak menyebelahi saya selepas lima edisi sebelum ini saya berada dalam final.
"Kali ini bukan rezeki saya untuk ke aksi akhir, selepas kutipan mata tidak mencukupi," ujar Hasli.