Dua penembak senior negara, Nur Suryani Taibi dan Hasli Izwan Amir Hassan, enggan menjadikan kegagalan dalam temasya Gold Coast 2018 sebagai pengakhiran buat mereka apabila bertekad terus berbakti untuk negara.
Suryani dan Hasli adalah antara dua penembak negara yang mempunyai rekod baik dalam Sukan Komanwel sebelum ini.
Tatkala Suryani cemerlang memenangi pingat daripada penampilan sulungnya di Melbourne 2006 hingga Glagsow 2014, Hasli pula tidak pernah terlepas aksi final sejak edisi 1998 di Kuala Lumpur.
Begitupun, kedua-duanya mengalami nasib berbeza di Gold Coast apabila masing-masing kandas di peringkat awal, sekali gus merekodkan pencapaian terburuk di pentas Komanwel.
"Turun naik prestasi satu adat, cuma kadangkala setiap aksi memberikan kesan positif mengenai apa yang kami lakukan selama ini betul atau salah, begitu juga dengan perkara negatif yang perlu dielakkan," kata Nur Suryani.
"Saya sayangkan sukan menembak dan akan terus melakukannya. Untuk mewakili negara, saya menyerahkannya kepada pemilihan yang dilakukan oleh pihak persatuan dan juga Majlis Sukan Negara (MSN)," tambah Hasli.
Hasli gagal melangkah ke final acara 25 meter rapid fire semalam selepas menduduki tempat ketujuh saingan kelayakan dan Nur Suryani juga tersingkir dalam acara 50m rifle tiga posisi setelah berada di kedudukan ke-10.