Penembak muda negara, Nur Izazi Rosli, berharap mampu mempamerkan aksi terbaik menjelang pusingan kelayakan 10 meter rifle Sukan Asia Indonesia yang bakal membuka tirai esok sebagai hadiah paling manis sempena hari jadinya yang ke-18.
Anak jati Kuala Lumpur ini bakal membuat penampilan pertamanya dalam Sukan Asia.
Biarpun kurang pengalaman di pentas kompetitif, Izazi bertekad untuk membuktikan dia mampu bersaing dengan penembak terbaik di benua ini sambil mahu menghadiahkan kejayaan mara ke pusingan seterusnya buat diri sendiri sempena sambutan hari jadi yang ke-18, semalam.
Selain bakal berentap dalam acara 10m rifle pasangan campuran bersama Mohd Lutfi Othman, Nur Izazi juga akan bersaing dalam acara individu 10m rifle wanita.
"Semalam hari jadi saya, jadi esok saya mahu membuat yang terbaik sebagai hadiah hari jadi saya," katanya.
Pasangannya, Lutfi, yang juga membuat penampilan pertama dalam temasya ini, sudah bersiap sedia dengan berbekalkan persiapan rapi dan menyesuaikan diri dengan lapang sasar di Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang.
Dalam masa sama, dia juga berwaspada dengan segala kemungkinan, antaranya jika hal tidak diingini terjadi seperti masalah mekanikal menimpa senjatanya yang akan menjejaskan peluang ketika hari pertandingan.
"Diharapkan kedaan senjata dalam keadaan baik. Kalau senjata rosak, habislah. Setakat ini, tiada masalah lagi," kata Lutfi.