Skip to main content

Sukan Asia

Menembak: Alia intai peluang dalam Sukan Asia

alia.jpg
Kejayaan meraih pingat gangsa Sukan Komanwel 2018 dalam acara 25 meter pistol oleh penembak wanita negara, Alia Sazana Azahari, pasti menyuntik semangatnya untuk meningkatkan prestasinya menjelang temasya lebih besar, Sukan Asia, Ogos ini.

Dalam aksi final yang berlangsung di Pusat Menembak Belmont itu, tangan penembak negara berusia 26 tahun itu kelihatan menggeletar selepas mengumpul 26 mata.

"Saya agak bergelut sedikit tetapi cukup untuk melayakkan diri ke final. Saya sedar dalam aksi kelayakan itu, saya  tidak beraksi di tahap sebenar, jadi perlu meningkatkan prestasi.

"Final tentunya sukar, ditambah dengan kehadiran pesaing-pesaing yang hebat. Mereka tidak akan memberikan saya jalan mudah untuk menang," kata Alia.

Kemenangan itu menebus kehampaan Alia empat tahun lalu di Glasgow apabila dia sekadar meraih tempat keempat. 

Justeru, dia mendedikasikan kejayaannya di Gold Coast kepada ibu-bapanya kerana sedar ia mempunyai nilai sentimental, apatah lagi diduga sakit misteri selama dua bulan pada September lalu. 

"Hari jadi ibu saya jatuh pada 7 haribulan (April) tetapi saya tidak menjanjikan apa-apa. 

"Syukur saya dapat menghadiahkannya dengan kilauan pingat kerana ia bukan sesuatu yang boleh dibeli. Ini untuk ibu dan ayah saya," tambah penembak berusia 27 tahun itu.

Advertisement

Must Watch Video