Skip to main content

Sukan Asia

Menembak: Alia azam atasi kekurangan

aaa-alia-shazana.jpg
Alia Sazana Azahari sukar untuk menghimpunkan emosi dan kata-kata saat dia gagal ke final acara 25 meter pistol wanita Sukan Asia 2018 dengan perbezaan hanya satu mata, apatah lagi disaksikan keluarganya yang berada di Palembang, hari ini.

Perebutan ke final adalah berdasarkan kepada mata terkumpul daripada klasifikasi precision dan rapid fire.

Alia memungut 284 mata bagi precision dan 295 daripada rapid fire untuk mengumpul 579 mata yang meletakkannya di kedudukan kesembilan keseluruhan.

Finalis terakhir di kedudukan kelapan, Kawak Junghye dari Korea Selatan pula mara dengan 580 mata.

"Walaupun hasilnya mengecewakan tetapi pada masa sama, saya gembira. 

"Saya sedar betapa sukarnya untuk mempersiapkan diri menghadapi saingan hari ini serta ketenangan yang diperlukan, bagaimanapun ia belum memadai.

"Saya tahu perlu lebih fokus, berlatih dengan lebih gigih lagi. Begitupun, saya berpuas hati dengan persembahan ini kerana bukan mudah untuk menembak dalam kejohanan besar," katanya. 

Alia juga akur bidikan kurang tepat ketika aksi precision menjadi faktor kepada kekecewaannya di Palembang.

"Saya kini di bawah tunjuk ajar jurulatih baru sejak lapan bulan lalu.

"Prestasi saya lebih bagus dalam rapid fire berbanding precision, begitupun saya giat berusaha, malah menunjukkan perkembangan yang baik. 

"Selamat Hari Raya Aidiladha kepada peminat Malaysia, maaf atas persembahan hambar hari ini. 

"Kami sudah berikan yang terbaik," tambahnya. 

Sementara itu, Bibiana Ng menamatkan saingan di kedudukan ke-25 meskipun bermula garang dan akan mengalih tumpuan kepada acara 10 air pistol indivdu wanita pada Jumaat ini.  

Advertisement

Must Watch Video