Trio memanah compound lelaki negara yang diketuai Mohd Juwaidi Mazuki hanya selangkah untuk menjadi penyelamat maruah memanah Malaysia apabila akan beraksi dalam penentuan pingat gangsa Sukan Asia 2018.
Dalam saingan di Lapangan Memanah Gelora Bung Karno hari ini, Malaysia yang ditunjangi oleh Juwaidi di samping Alang Arif Aqil Muhammad Ghazali dan Lee Kin Lip, tewas menerusi kutipan mata 229-235 mata kepada Korea Selatan dalam aksi separuh akhir.
Trio negara nyata bukan tandingan pemanah Korea Selatan tatkala pemanah baru, Arif Aqil, sukar mencabar dalam keempat-empat end, terutama selepas lawan bermula dengan bidikan sempurna 60 mata dalam end pertama.
Namun, mereka masih berpeluang menjadi penyelamat maruah kem memanah negara untuk membawa pulang pingat tunggal selepas kekalahan semua pemanah recurve dan compound wanita.
"Kami melakukan skor terbaik yang diraih tetapi ia masih belum dapat menewaskan lawan tetapi kami cuba fokus untuk aksi lusa," kata Juwaidi.
"Saya bangga dapat beraksi bersama Juwaidi dan Kin Lip. Saya akan cuba yang terbaik dalam aksi selepas ini," tambah Arif Aqil.
"Kami cuba untuk tidak memikirkan tekanan dan hanya mahu beraksi di tahap terbaik," ujar Kin Lip.