Pemanah compound negara diketuai pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur, Mohd Juwaidi Mazuki, bimbang dengan angin tidak menentu di Lapangan Memanah Gelora Bung Karno walaupun skuad negara mempunyai tempoh lima hari untuk menyesuaikan diri bagi menghadapi Sukan Asia 2018.
Venue bagi Sukan Asia kali ini antara yang paling mencabar buat pemanah negara, dengan tiupan angin sukar diramal, terutama selepas mengujinya ketika kejohanan ujian.
Jadi, ia merupakan inisiatif yang diambil oleh skuad compound negara untuk tiba di Jakarta lebih awal bagi menyesuaikan diri.
"Di padang ini, angin memang kuat sikit di bahagian tengah. Angin di depan mungkin tak sama dengan di tengah. Jadi, kami perlu membaca arah angin, termasuk pokok-pokok di sekitar," kata Juwaidi.
Pemanah compound gagal meraih sebarang pingat ketika temasya di Incheon, empat tahun lalu.
Pencapaian terbaik ialah menerusi Mohd Zaki Mahazan di tangga keempat saingan individu.
Prestasi skuad compound negara bakal menjadi tumpuan kerana mereka hanya sempat menjalani kem latihan pusat kurang sebulan sebelum berlepas ke Jakarta.
"Berbanding empat tahun lalu, kali ini lebih susah, lagi ramai pesaing kuat sebab pembangunan compound di negara lain sudah mula serius. Tetapi, kita masih mengekalkan rentak sama," kata Juwaidi lagi.