S. Suresh semakin berkobar-kobar menjelang Kejohanan Memanah Para Asia di Bangkok, Thailand bulan ini apabila muncul pemanah para kedua negara menghuni ranking pertama dunia dengan memintas jaguh Jepun, Ueyama Tomohiro, dengan kelebihan 18 mata.
Atlet berusia 26 tahun itu mencipta kejutan apabila merampas ranking pertama dunia dengan mendaki dua anak tangga selepas mengatasi Tomohiro dan pemanah Russia, Bato Tsydendorzhiev.
Ia menjadi pembakar semangat terbaiknya menjelang Kejohanan Asia bermula 19 Oktober ini.
"Saya tidak terfikir akan dapat tempat itu (ranking pertama) kerana lepas menjuarai Kejohanan Dunia, saya hanya dapat tempat ketiga.
"Saya fikir jika saya menjuarai Kejohanan Para Asia di Bangkok, saya akan dapat tempat pertama tetapi ia merupakan kemas kini terkini, jadi saya agak terkejut sedikitlah," katanya.
Suresh menjadi pemanah para kedua Malaysia menghuni ranking pertama dunia selepas Allahyarham Salam Sidek melakukannya pada 2011.
Apa yang menarik, pemanah kelahiran Kuala Ketil, Kedah itu belum pernah mengecap kejuaraan Asia walaupun sudah bergelar juara dunia.
"Sasaran saya (dalam Kejohanan Asia) adalah untuk mendapatkan pingat.
"Pingat apa sekalipun tidak mengapa kerana dalam Kejohanan Dunia sebelum ini, saya fokus perkara yang sama.
"Dapat pingat apa pun tidak mengapalah, jadi dalam Kejohanan Asia, saya akan fikir seperti itu.
"Cuma, saya harap dapat melakukan catatan terbaik peribadi di sana," tambahnya.