Di sebalik kekecewaan gagal mara lebih jauh dalam saingan compound berpasukan campuran, pemanah negara, Juwaidi Mazuki, kekal dengan semangat tinggi untuk menghadapi satu lagi acara, iaitu berpasukan lelaki yang bakal berlangsung Ahad ini.
Kelmarin, Juwaidi menamatkan penentuan kedudukan untuk saingan kalah mati dengan memecahkan rekod kebangsaan hasil catatan 705 mata untuk mengatasi rekod yang dipegangnya sejak tiga tahun lalu.
Bagaimanapun, dia yang baru pulih daripada kecederaan untuk melakukan penampilan kedua dalam Sukan Asia, tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa apabila tewas di tangan Singapura tatkala hanya dibezakan satu mata dalam acara compound berpasukan campuran.
"Jika dilihat berdasarkan atas kertas, segala perancangan berada di landasan sepatutnya dan kami tahu mampu melepasinya. Bukan rezeki kami pada kali ini dan apa yang berlaku pada hari ini, bagi saya adalah sesuatu yang bagus.
"Diharapkan ada rezeki kami dalam acara berpasukan lelaki," kata Juwaidi.
Dalam masa sama, Juwaidi juga menyatakan rasa puas hati dengan persekitaran serta keadaan angin di Indonesia.
"Bagi saya, keadaan angin memang baik di sini dan kami dapat menyesuaikan diri. Saya berpuas hati dengan aksi dalam Sukan Asia kali ini," tambahnya.
"Saya tidak melihat siapa lawan kerana memanah bergantung kepada kelengkapan yang dimiliki. Siapa sahaja lawan, kami harus fokus dan saya lebih tekankan aspek emosi dalam mental dalam diri."