Jurulatih recurve lelaki negara, Lee Jae Hyung, mengharapkan panahan ajaib anak buahnya mampu menafikan kelebihan Korea Selatan yang dijangka akan bertemu dalam separuh akhir acara berpasukan, Sukan Asia Indonesia di Lapang Panahan, Gelora Bung Karno, Jakarta.
Segala-galanya berpunca daripada pusingan kedudukan yang menyaksikan Malaysia berada di tangga kelima terbaik daripada 19 negara bertanding.
Kegagalan anak buahnya merebut slot tiga terbaik menyaksikan situasi genting dalam separuh akhir nanti.
Hanya sentuhan ajaib mampu menyelamatkan Malaysia daripada dirundung hampa di tangan jaguh terbaik dunia itu.
"Pada awal saingan, prestasi kami kurang baik kerana masalah angin.
"Kemudian, kami dapat mengejar kedudukan dan akhirnya meraih tangga kelima.
"Sepatutnya kami ingin menempatkan diri di tangga tiga teratas untuk mengelak Korea Selatan sehingga final.
"Situasi ini menyebabkan kami terpaksa berjumpa dengan mereka di peringkat separuh akhir. Apa boleh buat, kami terpaksa menghadapi mereka jua," kata Jae Hyung.
Angin di sekitar Gelora Bung Karno juga disifatkan Jae Hyung sebagai sukar dibaca.
Walaupun cuaca panas terik, tiupan angin menjadi punca utama anak buahnya gagal merealisasikan hasrat awal, hari ini.
"Persembahan kami kurang baik pada permulaan saingan, kami tidak dapat membaca tiupan arah angin dengan baik.
"Kebiasaannya angin datang dari arah kiri dan kanan tetapi pada hari ini turut datang dari arah depan dan belakang.
"Angin mudah beralih arah, kami lambat membacanya," tambahnya.
Korea Selatan menduduki tempat teratas, diikuti Kazakhstan, Taiwan dan China dalam pusingan kedudukan, hari ini.