Pemanah negara, Alang Arif Aqil Muhammad Ghazalli, mengatasi perasaan gugup untuk menjadi penyelamat maruah trio compound lelaki negara menewaskan Taiwan 225-223, sekali gus meraih gangsa dalam Sukan Asia 2018, hari ini.
Aqil, yang baru diserapkan dalam skuad kebangsaan tiga minggu lalu, berdepan masalah pada end awal.
Tiupan angin kencang di Lapangan Memanah Gelora Bung Karno menambah cabaran hingga dia dua kali membidik lapan mata.
Bagaimanapun, pemanah senior, Mohd Juwaidi Mazuki dan Lee Kin Lip berjaya mengawal keadaan menerusi bidikan 10 mata secara konsisten untuk mengesahkan gangsa.
Apa yang menarik, ini kali pertama mereka bergandingkan di pentas antarabangsa, namun tetap berjaya meraih pingat.
"Atlet-atlet senior cuba memberikan sokongan kepada saya sepanjang saingan dan ia telah membantu persembahan saya," kat Aqil.
"Saya cuba membantu rakan sepasukan daripada segi mental menghadapi aksi ini. Saya sebagai atlet yang lebih senior dan berpengalaman memastikan kami meraih pingat gangsa untuk Malaysia," kata Juwaidi.
"Di Malaysia, sukar untuk mendapatkan jurulatih memanah compound tempatan yang berkualiti untuk dilantik secara tetap," kata Kin Lip.
Kejayaan ini membuktikan skuad compound negara berhak mendapat kemudahan seperti dinikmati pemanah recurve, iaitu Program Podium.
Sementara itu, ketua jurulatih memanah negara, Lee Jae-Hyung mengakui pemanah compound berhak mendapat kemudahan walaupun mereka tidak berada dalam mana-mana program sukan kebangsaan sejak tamat Sukan SEA Kuala Lumpur, tahun lalu.
"Untuk compound lelaki, mereka telah membuktikan kebolehan beraksi dalam separuh akhir. Tetapi mereka masih lagi kekurangan dalam program persiapan untuk menghadapi kejohanan-kejohanan utama," kata Jae-hyung.