Bekas Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad, menyarankan agar Sistem Tier yang menggantikan Program Podium dipanjangkan sehingga Sukan Olimpik Paris 2024 untuk melihat keberkesanan sistem itu mencapai misi emas di pentas Sukan Olimpik.
Sistem Tier, yang menggantikan Program Podium, mungkin bukanlah sistem terbaik bagi mempersiapkan atlet ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang hanya berbaki 18 bulan, namun ia cukup untuk mengembalikan fokus semua pihak terhadap agenda sukan nasional.
Pingat emas dalam temasya itu mungkin kelihatan mustahil, namun Mazlan menegaskan jika tumpuan kepada prospek pingat emas seperti yang dibentuk ketika ini mampu dikekalkan dalam jangka masa lebih panjang, hasilnya mungkin dapat dituai dalam Sukan Olimpik 2024.
"Atlet yang dipilih perlu berkemampuan memenangi pingat dan bukan sekadar layak sahaja," katanya.
Malaysia kini menumpukan kepada tiga sukan, iaitu badminton, berbasikal trek dan terjun dalam kluster pertama Sistem Tier sebagai sandaran pingat emas Sukan Olimpik.
Ia formula yang sama digunakan negara serantau seperti Thailand yang menumpukan kepada acara angkat berat dan tinju kategori bawahan selain Indonesia yang meletakkan keutamaan dalam sukan badminton.
"Masih ada masa untuk membentuk atlet bagi menghadapi Sukan Olimpik 2024.
"Namun, untuk memastikan pemilihan atlet yang benar-benar layak, program untuk termasya itu perlu dimulakan sekarang," tambahnya.