Skip to main content

Advertisement

Tenis

Masters Indian Wells: Thiem juara selepas kejutkan Federer

dominicthiem.jpg
Dominic Thiem menjulang kejuaraan pertama Kejohanan ATP Masters 1000 selepas menewaskan Roger Federer 3-6, 6-3, 7-5 dalam final Kejohanan Tenis Masters Indian Wells, hari ini.

Pemain pilihan ketujuh kejohanan itu hanya melepaskan satu set di California yang membantunya meraih kejayaan terbesar sepanjang kariernya selepas menafikan lawan yang memegang 20 kejuaraan grand slam itu daripada meraih kejuaraan keenam di California.

Pemain pilihan keempat, Federer, yang meraih kejuaraannya yang ke-100 di Dubai awal bulan ini, berpeluang cerah untuk melebarkan rekod itu selepas meraih dua mata awal dalam set pertama ketika servis di tangan Thiem.

Pemain Austria itu bangkit untuk mengejar dalam game ketujuh, namun dia terpaksa akur melepaskan set tersebut kepada Federer yang meraih kemenangan 6-3 dalam masa 37 minit.

Thiem melepasi tempoh dua jam 31 minit yang meletihkan ketika dia menewaskan Milos Raonic dalam separuh akhir manakala Federer pula mendapat laluan percuma selepas Rafael Nadal menarik diri akibat kecederaan.

Bagaimanapun, pemain berusia 25 tahun itu tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda keletihan dalam set kedua.

Selepas menyelamatkan dua 'break point' untuk mendahului 2-1, Thiem memanfaatkan kemorosotan prestasi Federer untuk untuk meraih kemenangan 6-3 -- set pertama yang dilepaskan pemain berusia 37 tahun itu sepanjang kejohanan.

Tiada sebarang 'break point' dapat disaksikan sepanjang tujuh game pertama set penentuan sebelum Federer mula memberikan ancaman yang tenang dihadapi Thiem.

Thiem kemudian memanfaatkan peluang dalam game ke-11 untuk mendahului 6-5 sebelum memanfaatkan dua servis pada mata akhir untuk menamatkan aksi yang berlangsung selama dua jam dua minit itu dengan kejuaraan.

Advertisement

Must Watch Video