Skip to main content

Advertisement

Tenis

Masters Indian Wells: Kerber singkir Venus

angeliquekerber.jpg
Angelique Kerber terpaksa berdepan cabaran getir daripada Venus Williams sebelum mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Kejohanan Tenis Masters Indian Wells bagi mencongak perhitungan dengan Belinda Bencic.

Kerber meraih kemenangan 7-6, 6-3 dalam tempoh sejam 36 minit di California, Amerika Syarikat (AS), hari ini.

Dalam set pertama yang berkeamatan tinggi, pilihan kelapan kejohanan, Kerber, bangkit daripada ketinggalan 2-4 untuk meriah tiga mata berturut-turut dengan mendahului 5-4.

Bagaimanapun, Venus bangkit memberikan saingan dengan menyelamatkan lima 'break point' dalam game yang berlarutan hingga minit ketujuh itu.

Di sebalik kekentalan Venus untuk membawa set tersebut ke perhitungan 'tie-break', Kerber mengambil inisiatif untuk meraih tiga mata pertama sebelum menamatkan set tersebut dengan kemenangan dalam tempoh 57 minit.

Dengan mengekalkan momentum sedia ada, Kerber menyingkirkan juara tujuh kali kejohanan grand slam itu untuk melangkah ke suku akhir.

Terdahulu, pemain bukan pilihan Switzerland, Bencic, mengekalkan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan Karolina Pliskova 6-3, 4-6, 6-3.

Bencic, yang juga pilihan ke-23 kejohanan, mengungguli set pertama dengan 14 kemenangan dengan hanya enam 'unforced error', namun Pliskova bangkit untuk memenangi set berikutnya.

Bencic kemudian memanfaatkan set penentuan itu untuk melebarkan rekod kemenangannya kepada 12 perlawanan berturut-turut selepas menewaskan pilihan utama dan juara bertahan, Naomi Osaka, dalam pusingan keempat.

Advertisement

Must Watch Video