Pemain 'wild card', Bianca Andreescu, menggapai impiannya dalam Kejohanan Tenis Masters Indian Wells selepas mengejutkan Angelique Kerber dalam final di California, awal pagi tadi.
Pemain Kanada itu memaparkan aksi memukau untuk menewaskan bekas pemain nombor satu dunia itu 6-4, 3-6, 6-4 untuk menjulang kejuaraan.
Kerber merupakan mangsa berprofil tinggi terbaru yang ditundukkan pemain berusia 18 tahun itu selepas Garbine Muguruza dan Elina Svitolina turut mengalami nasib sama.
Juara tiga kali kejohanan grand slam itu tewas menerusi aksi final yang akan diingati untuk tempoh yang lama.
Andreescu melepaskan tiga mata akhir ketika melakukan servis, namun dia bangkit untuk menewaskan Kerber dalam game berikutnya untuk menjadi pemain 'wild card' pertama menjuarai kejohanan itu.