Ketua jurulatih skuad memanah para negara, Marzuki Zakaria, akur dengan jumlah atlet yang dikecilkan tahun ini sambil menegaskan kelayakan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 kekal menjadi keutamaannya.
Skuad memanah para negara berdepan pengurangan atlet susulan penilaian yang dilakukan Majlis Sukan Negara (MSN).
Paling mengejutkan apabila khidmat pemanah compound berpengalaman, K. Morogen, tidak disambung tahun ini.
Keputusan itu dibuat susulan faktor usia Morogen yang kini mencecah 47 tahun selain prestasi hambarnya dalam Sukan Para Asia di Indonesia tahun lalu.
"Beberapa atlet terpaksa dikeluarkan daripada program kebangsaan.
"Mereka kini di bawah program negeri masing-masing," kata Marzuki.
"Kami telah mengenal pasti beberapa atlet muda melalui Sukan Para Sukma di Ipoh tahun lalu.
"Mereka berpotensi untuk diserapkan ke dalam program jangka panjang bersama kami."
Dua kejohanan yang menjadi tumpuan skuad memanah para negara ialah siri pertama Sirkit Kebangsaan di Kuala Lumpur bulan depan dan disusuli Kejohanan Ranking Dunia Ke-5 di Dubai, April depan.
Tumpuan selepas itu akan terarah kepada Kejohanan Dunia di Belanda pada Jun dengan skuad negara akan memburu kuota awal ke Sukan Paralimpik Tokyo.
Dalam edisi Rio 2016, Malaysia meraih dua slot yang diwakili Hasihin Sanawi (recurve individu) dan Yuhaizam Yahya (compound individu).
"Ia sama seperti edisi sebelum ini, namun kami mengharapkan mereka dapat melakukannya dengan lebih baik.
"Saya berharap mereka akan mendapatkan kelayakan secara automatik," tambahnya.