Arena sukan berbasikal trek negara negara kini dibuai mimpi indah -- pasca kejayaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang, meraih dua pingat emas Kejohanan Trek Berbasikal Asia (ACC).
Namun realiti sebenarnya, cabaran dan halangan berliku menanti The Pocket Rocketman.
Hakikat itu disuarakan, bekas atlet berbasikal berstatus Olimpian, Adiq Husainie Othman yang menyuarakan kebimbangannya terhadap kekangan teknologi baharu dalam kem berbasikal negara ketika ini.
Mengikut perkembangan semasa, basikal Vorteq WX-R yang dibangunkan dengan kajian dan pembangunan (R&D) mencecah RM13 juta itu -- agak ketinggalan berbanding kuasa besar sukan berbasikal trek dunia.
Persoalan mula timbul, adakah peluang pingat emas Sukan Olimpik Azizulhasni semakin samar ?
"Atlet daripada Jepun cuba menggunakan teknologi yang terbaik ketika ini, negara-negara lain turut melakukan perkara yang sama bagi mendapatkan teknologi yang terbaik buat mereka menghadapi kejohanan-kejohanan utama dan Malaysia perlu melakukan perkara yang sama bagi mendapatkan pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik," kata Adiq.