Jaguh bina badan negara, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah, meminta Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF) menjalankan siasatan terperinci sebelum menjatuhkan hukuman terhadap Sazali Samad kerana skuad kebangsaan masih memerlukan khidmat bekas Mr Universe itu.
MBBF akan bersidang esok untuk menentukan hukuman terhadap Sazali yang menyertai satu kejohanan di Shanghai, China baru-baru ini ketika masih menjalani proses penggantungan.
Realitinya, khidmat atlet berusia 51 tahun ini masih diperlukan sama ada sebagai atlet atau jurulatih.
Ia memandangkan Sazali memiliki reputasi besar di pentas antarabangsa apabila muncul Mr Universe 10 kali selain sembilan kali bergelar Mr Asia.
"Sebagai rakan sepasukan, kami memerlukan atlet yang mampu mengharumkan nama negara ketika menyertai kejohanan," kata Syarul.
"Saya berharap persatuan mengambil langkah yang sewajarnya terhadap Sazali."
Sazali dikenakan penggantungan empat tahun bermula 2015 kerana positif steroid di mana hukuman itu akan tamat September tahun depan.