Selangor memastikan tiket ke final Malaysia Futsal Cup 2025 setelah menyingkirkan Sabah pada Ahad dan akan berdepan Pahang Rangers.
Aksi separuh akhir kedua Malaysia Futsal Cup di Shah Alam menyaksikan Selangor turun menanti kunjungan Sabah dan membawa bekalan agregat 5-2 hasil kejayaan di perlawanan lalu.
Khairul Effendy dan Syahir Iqbal Khan jadi taruhan oleh skuad futsal Selangor ini bagi memburu jaringan tatkala Sabah pula menurunkan duo import juga iaitu Jonathan Bob serta Nattan Soares.
Jaringan pertama berjaya dihasilkan oleh tuan rumah terlebih dahulu pada minit ke-9 menerusi sentuhan berbisa oleh Aidil Shahril selepas Faris Johan mencuri bola di kawasan Sabah.
Walau bagaimanapun, gawang Selangor turut dibolosi pada minit ke-11 setelah Aliff Roslan bijak menyudahkan lorongan rakan sepasukan hasil kesilapan Evandro Borges bagi Sabah mengikat skor.
Di babak kedua, Syahir Iqbal kembali meletakkan Selangor di hadapan hasil percubaan kencang kaki kanan pada minit ke-24 sekaligus menewaskan Azhar Aris di pintu gol buat kali kedua.
Dua gol daripada Vitor Fernandes di penghujung permainan melengkapkan malam gemilang buat Selangor meraikan kemaraan ke Malaysia Futsal Cup buat kali kedua berturut-turut.
Aksi tamat, Selangor menewaskan Sabah 4-1 dan mara ke final Malaysia Futsal Cup dengan keputusan agregat 9-3.
Menanti Selangor di final Malaysia Futsal Cup nanti adalah Pahang Rangers yang berjaya menumbangkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
Aksi final Malaysia Futsal Cup akan berlangsung pada 23 Ogos hadapan di N9 Arena, Nilai.-MB