Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader, berkata, kejohanan itu yang kali terakhir dianjurkan Malaysia pada 2011, akan melibatkan penyertaan dari 20 negara.
Sebelum ini, Piala Dunia Sepak Takraw 2022 berlangsung di Daejeon, Korea Selatan dengan Malaysia berjaya membawa pulang satu perak dan gangsa, masing-masing dalam acara regu lelaki dan regu wanita.
Malaysia sah sebagai penganjur Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia yang bakal buka tirai pada 17 mei tahun hadapan#NadiWeekend #AstroArena pic.twitter.com/zFLRFgrwau
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 4, 2023
"ISTAF bersetuju memberi pengiktirafan kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) bagi menganjurkan Piala Dunia Sepak Takraw yang akan berlangsung pada Mei tahun depan di Stadium Titiwangsa.
"Persetujuan turut dibuat berhubung cadangan PSM untuk mempertandingkan dua kategori iaitu lelaki dan wanita dalam acara regu dan kuadran," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.
Abdul Halim turut menyatakan bakal menyerahkan sepenuh tanggungjawab kepada PSM untuk mencari peruntukan serta penajaan bagi menganjurkan kejohanan berkenaan yang dianggarkan mencecah ASD500,000 (kira-kira RM2.3 juta).
Sementara itu, Presiden PSM Datuk Mohd Sumali Reduan optimis badan induk itu tidak berdepan masalah mencari peruntukan dan penajaan bagi menganjurkan kejohanan berkenaan.
"Berhubung peruntukan itu kami masih dalam proses perbincangan dan insya-Allah tiada masalah untuk mendapatkannya selain penaja utama pada tahun depan, " katanya.